Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham adalah ukuran manusia.Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan.
Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang. Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat. Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-Quran yang unik. Pengarang:Engku Ahmad Zaki Engku Alwi Halaman:208 Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd Harga: RM 7.00. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, kepumsasaan. Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersehut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk Martin Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan. Semuanya dirangkum dari herhagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya. Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkas. Ringkasnya. buku ini akan mengalakun kepada anda: Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih. Berteraskan teladan dan pengalaman, pendekatan ini mampu mengubah minda masyarakat daripada pesimis kepada optimis. Sama ada anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan. Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami. Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang santai. Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda. Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar. Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi ia bukan elemen wajib untuk menggapai kekaguman orang. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan anda.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2020
Categories |